PlasticFM Chat

Monday 22 August 2011

Mesti tonton – The Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1)

Mesti tonton – The Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1)


Korang minat tak cerita kisah Pontianak, dan serigala jadian… ??

Kalau minat mesti korang tahu tentang sekual Twilight ni..

Filem yang diadaptasi daripada novel karya Stephenie Meyer memang agak berbeza dari segi persembahannya berbanding dengan filem filem Pontianak dan serigala jadian yang biasa dilihat sebelum ni.

Bermula dengan Filem Twilight Pada 2008 dan seterusnya New Moon setahun kemudian begitu mendapat sambutan dan mengubah persepsi penonton pada Pontianak yang biasanya di gambarkan sebagai Mistik dan juga Serigala Jadian yang begitu hodoh dan kotor..

Pada Tahun lepas sekali lagi The Twilight Saga mengegarkan pawagam dengansekual ketiga The Eclipse yang masih lagi berkisar tengtang kehidupan cinta Bella Swan lakonan Kristen Stewart dan pontianak berusia 104 tahun, Edward Cullen (Robert Pattinson), manakala Jacob Black (Taylor Lautner) yang juga merupakan serigala jadian macho tapi dalam hati ada taman masih lagi mengharapkan cinta daripada Bella.

Dan Tahun ni kita bakal sekali lagi dihidangkan dengan sekual ke empat The Twilight saga : Breaking Dawn – Part 1, Dari apa yang aku baca untuk Brake Down ni dibahagi pada tiga bahagian..

Untuk Bahagian pertama kisah akan berkisarkan kehidupan Bella selepas berkahwin dan berbulan madu bersama Edward di sebuah pulau, Dua minggu selepas berbulan madu, Bella menyedari dia sudah mengandung tetapi bayi itu adalah separuh genetik pontianak yang membuatkan keadaan tubuhnya mula tidak stabil. Konflik timbul pula apabila Edward meminta isterinya menggugurkan bayi itu tetapi ditolak Bella dengan keras.

Bahagian  kedua pula menyaksikan tindakan masyarakat Quileute mahukan Jacob membunuh bayi Bella itu selepas percaya anak yang bakal dilahirkan itu akan mengundang mara bahaya kepada generasi mereka. Jacob bagaimanapun menentang keputusan itu sehingga Bella melahirkan bayi yang diberi nama Renesmee.

Manakala bahagian ketiga lebih memfokuskan bagaimana Bella melalui transformasi menyakitkan selepas fizikalnya berubah menjadi pontianak seperti mana Edward. Dia menempuh kehidupan serba baru dan cuba mengenali kelebihan yang wujud dalam dirinya itu.

Namun Pada aku yang paling menariknya tentang filem ini ialah cara penulis menterjemahkan Pontianak dan serigala jadian yang jauh berbeza dari filem lain, dan babak pertarungan dan aksi banyak dilakukan di siang hari bikan dalam gelap seperti kebiasaanya.

Manakala dari segi watak pula, selain daripada 3 watak utama yang menjadi pengerak cerita watak lain seperti keluarga Cullens Family, geng Wolf Pack dan  The Volturi yang jarang jarang muncul memang banyak dan begitu kuat mempengaruhi jalan cerita, bahkan kekadang watak tersebut dilihat setanding dengan tiga watak utama.

Cullens Family
Cullens Family

The Wolf Pack
The Wolf Pack

The Vulturis
The Vulturis



Jom ramai-ramai serang wayang 18 November 2011 ni !

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More